Petang itu hujan terlalu lebat.
Haihhhh!!! Keluhan demi keluhan dilepaskan. Berat hati membuat keputusan yang sudah nekad di dada seorang anak gadis yang berumur awal 20-an.
Kereta Volvo ciptaan negara Sweeden itu meluru keluar dari perkarangan rumah. Hujan semakin lebat. Kereta dipandu dengan perlahan untuk mengelakkan kejadian buruk.
Balik awal ya, hari ini. Pesanan dari emak terngiang-ngiang di dalam ingatan lagi. Perlahan-lahan muka di toleh ke cermin sisi menaha sebak di dada menahan air mata dari terburai jatuh ke pipi takut di sedari oleh ayah yang sedang memandu dengan berhati-hati.
Sebaik kereta di berhentikan di hadapan Hospital Ampang Puteri saya melangkah keluar dari kereta dengan cepat untuk mengelak dari hujan lebat yabg mencurah-curah itu. Kaki melangkah dengan laju menyeberang jalan pergi ke tempat kerja yang bertentangan dengan Restoran Sushi King.
Tugasan hari itu bermula pada waktu petang dan berakhir pada pukul 8 malam. Tetapi dikhabarkan kepada emak sehingga pukul 12 tengah malam supaya diri ini mempunyai masa yang cukup untuk menaiki bas ke Dungun ,Terengganu di Hentian Bas Putra.
Hari itu adalah hari terakhir saya bekerja di sana dan saya juga tidak tahu bilakah saya akan pualang semula ke kampung halaman saya ini. Saya di besarkan di negeri ini selama 18 tahun tanpa berhijrah ke mana-mana negeri lagi. Sayangnya emak pada saya. Dia tidak mahu saya berkeliaran di luar rumah selepas pulang dari sekolah kerana mahu mengelakkan kes hilang anak yang hangat di beritakan pada zaman saya kanak-kanak dahulu. Surat yang di taip oleh kawan saya secara rasminya mengatakan saya akan meletakkan jawatan pada sekian tarikh telah dicetak 2 minggu sebelumnya dan telah pun berada di dalam fail bekas pekerja.
Terasa masa berlalu terlalu lambat walaupun sejarah bakal di cipta pada hari itu. Namun hati berasa berat mahu meninggalkan segala-galanya, hidup saya di sini selama ini, kawan,adik beradik, ibu bapa lebih-lebih lagi kepercayaan kedua orang tua saya. Selama 3 bulan saya memikirkan semua ini hanya kerana satu sahaja iaitu AGAMA. Kerana agama saya melepaskan kesemuanya, kerana agama selama 3 bulan ini saya menjadi bingung kerana saya hanya mampu memiliki satu sahaja sama ada saya memilih agama atau pun saya memilih keluarga saya.
Keputusan muktamad selama tiga bulan ini saya memilih AGAMA tapi saya tidak tahu apakah saya mampu menghadapi segala tekanan mahu pun caran dan pancarobanya pada masa akan datang misalnya tiga tahun, lima tahun atau selama-lamanya. Terus-terang saya hanya mampu bertawakal selepas segala yang telah saya rancang namun seterusnya hanya Allah yang menentukan.
Saya tertanya-tanya jika saya mampu memilih agama sebagai jalan penyelesaiannya untuk mengakhiri semua konflik ini dan seterusnya bertawakal mampukah orang lain yang juga mempunyai kondisi seperti saya sanggup memilih jalan pengakhiran sebegini.
Saya sendiri bertanya kepada diri sendiri, mampukah saya menongkah arus yang lebih jauh lagi.....
Attention To All Parents!
16 years ago

No comments:
Post a Comment