Monday, October 12, 2009

Kisah Janda Anak Empat

Terdetik hendak menulis, ini kerana suatu hari dikejutkan dengan kedatangan seorang jejaka tampan yang merupakan bekas anak murid kepada salah seorang pensyarah yang cukup terkenal di kalangan pelajar-pelajar yang mengambil subjek 'critical thinking'. Anak murid tersebut datang dengan satu tujuan hendak menolang kakaknya yang sedang mengalami krisis dalaman di mana pada pengamatan saya, kakaknya perlu disembuhkan dengan kata-kata perangsang yang boleh membangkitkan suatu kepercayaan diri sendiri supaya tidak terus bergantung pada orang lain.
Adiknya yang bernama Ashraf ( nama samaran ) meminta tunjuk ajar daripada pensyarahnya itu supaya memberikan sedikit buah fikiran untuk menolong situasi adiknya yang tidaklah terlalu parah.
Hendak dipendekkan cerita kakak yang bernama Khadijah (nama samaran) telah berkahwin 15 tahun yang lalu. Khadijah sekarang bekerja makan gaji di salah sebuah kedai fotografi untuk menyara keempat-empat anaknya yang telah ditinggalkan oleh bekas suaminya. Menurut Khadijah lagi suaminya telah meninggalkan Khadijah hanya kerana mahu bersama dengan wanita lain yang mana bukan mahram pada suami Khadijah.
Khadijah yang mengetahui kecurangan suaminya mula menyiasat dengan berdasarkan filem negatif dan dari situ Khadijah sudah mula tidak mempercayai suaminya lagi. Kini suaminya sudah meninggalkan Khadijah serta anak-anaknya. Ini menyebabkan Khadijah sudah mula hilang tempat bergantung.
Khadijah sudah mula mengabaikan prestasi sekolah anaknya. Anaknya yang paling besar berumur 13 tahun. Namun kesemuanya tidak merasa kasih sayang seorang ibu yang telah dilukakan hatinya oleh suami yang dicintai. Sungguh memeranjatkan lagi umur Khadijah adalah 30 tahun. Ini bermakna Khadijah berumur 15 tahun ketika menerima pinangan oleh lelaki yang dicintai. Sikap Khadijah yang berkeras mahu berhenti sekolah untuk berklahwin menimbulkan kemarahan oleh kedua orang tuanya. Kini Khadijah kerap disindir oleh kedua orang tuanya apabila Khadijah ditinggalkan oleh suaminya dan ini membuatkan Khadijah tidak dapat menerima kenyataan dimarahi oleh kedua orang tua juga ditinggalkan suami.
Perkahwinannya malah dipandang sinis oleh ibi bapanya kerana Khadijah mengikut lelaki tersebut iaitu bekas suaminya untuk kahwin di negara Thailand. Sikap jumud ibu bapanya telah menyebabkan keadaan hidup anak yang nikah pada usia awal menjadi tidak keruan malah situasi tersebut juga menghilangkan hak untuk anak dan cucunya mendapat kasih sayang telah terabai sama sekali. Dimanakah peranan ibu bapa apabila anak menghadapi masalah dan tidak mampu "encounter" sendiri masalah tersebut.
Pada hemat saya sebagai orang tua yang sudah berpengalaman sepatutnya memberikan kata-kata perangsang untuk merangsang hidup anak ke arah yang lebih baik. Ke arah yang lebih terpandu sekurang-kurangnya bukannya perli, herdik, marah dan sebagainya menjadi santapan rohani buat anak yang telah di anggap gagal dalam hidupnya.
Namun realitinya Khadijah terpaksa menghadapi situasi tersebut bersendirian. Adanya masyarakat yang masih tidak dapat menerima anak dinikahkan pada usia yang awal dan tidak boleh menerima anaknya dinikahkan di sempadan Negara Thailand. Apakah peranan ibu bapa selain daripada menikahkan anaknya?
Apa yang cuba saya ketengahkan di sini ialah masyarakat tidak kira siapa suka menuding jari apabila ada masalah yang timbul. Apakah suatu masalah yang timbul itu boleh diselesaikan dengan menuding jari pada pihak-pihak terbabit. Apakah solusi yang mampu kita pertimbangkan selain menegakkan benang yang basah?
Wahai Umat Muhammad salallahu alaihi wassalam sedarkah kita! Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku di sekeliling kita. Ini belum lagi di muatkan kes penghuni Raudhatus Sakinah yang lebih malang nasib mereka. Sedarkah kita??