Sunday, November 1, 2009

Materialistik vs Kepercayaan

     Baru-baru ini penulis bertemu dengan salah seorang hamba Allah di tepi jalan dengan baju dan seluar yang boleh di kategorikan sebagai pakaian yang menjolok mata. Hamba Allah tersebut sebelum ini hidup bersandarkan pada kepercayaan ISLAM selama 4 tahun. Namun selepas beberapa tahun hidup bersandarkan pada kepercayaan tersebut hamba Allah ini mengambil keputusan untuk meninggalkan ajaran yang selama ini diajarkan padanya di salah sebuah pusat tarbiah yang sangat terkenal dengan pusat pembelajaran saudara baru @ dangan kata lain sebuah institusi yang mengajarkan ajaran islam kepada yang baru sahaja mengenal islam.
     Penulis merasa terkejut dengan penampilan kawan yang namanya tidak dapat disiarkan dalam tulisan ini. Walhal sebelum ini kawan ini pernah ditempatkan bersama dengan para pelajar yang menghafal Al-Quran. Selepas itu kawan ini pun melanjutkan pelajaran untuk mengetahui islam dengan lebih lanjut lagi di Pengkalan Chepa, Kelantan. Salah sebuah yang menjadi destinasi Ustaz Ravi melanjutkan pelajaran sebelum ini.
    Kini kawan sekarang masih dengan keputusan awalnya untuk tidak mempunyai agama @ menganut apa-apa kepercayaan pun. Lebih memeranjatkan penulis lagi kawan sekarang tinggal bersama teman lelakinya di Puchong dan teman lelaki tersebut adalah orang luar negara berkulit hitam dari Negara Africa. Penulis merasa terpukul dengan tindakan kawan yang tidak dapat menggunakan akal warasnya untuk menilai sesuatu yang baik mahupun buruk. Kawan yang sebelum ini mengalami kejadian trauma akibat dari mempercayai beberapa Ustaz yang di tugaskan untuk menguruskan kes kawan yang mahu kembali kepada islam sebelum ini mengambil keputusan untuk meninggalkan ajaran islam dan kembali kepada zaman jahiliahnya sebelum ini.
   Penulis juga diberitahu yang kawan yang bersekedudukan dengan teman lelaki ini mempunyai harta yang banyak dan keluarga pihak lelaki berasal dari golongan yang agak berada di negara kelahirannya. Malangnya kawan yang bersekedudukan ini tidak pernah mendaftarkan perkahwinan mereka malah mengaku sebagai suami isteri pada rakan kenalan yang lain.
  Penulis tertanya-tanya adakah faktor pahak lelaki tersebut yang berasal dari golongan berada yang membuatkan kawan bersekedudukan dengannya. Ketika sesi meluahkan perasaan bermula penulis dapati kawan selalu dianiaya bila mempunyai hubungan kerja dengan lelaki lain.Kawan akan dipukul oleh teman lelakinya bila mendapati kawan berlaku curang tanpa diperiksa asal usulnya. Nasihat diberi kepada kawan untuk meninggalkan teman lelakinya namun jawapan yang diterima adalah negatif. Kawan merasa 'tak sampai hati' untuk meninggalkan teman lelakinya walaupun diperlakukan seperti binatang.
  Konklusi yang penulis boleh rumuskan ialah apabila zaman makin berkembang orang ramai semakin tempted untuk melakukan apa jua perkara yang dirasakan boleh memuaskan hati mereka. Kesenangan yang difirkan oleh golongan ini hanya membunuh masa depan mereka nanti. Moga dengan penulisan yang sedikit ini mampu menyedarkan kita semua. Insyaallah. Renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment